Thursday, October 23, 2008

12 kelompok di padang mahsyar...masyaallah..

  

Diceritakan pada satu hari, muadz bin jabal bertanya Rasulullah saw mengenai maksud firman Allah swt dalam surah An-Naba ayat 18, bermaksud: ‘’Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-lompok’’ 

  Mendengar saja soalan itu, lantas baginda menangis dan bersabda ‘’wahai muadz, sesungguhnya engkau bertanyakan sesuatu perkara yang sangat besar. Ada 12 macam umatku nanti akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka itu semuanya Allah tukarkan, tidak seperti mereka hidup didunia’’
 
 
Golongan itu adalah seperti berikut:
• Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia dulu suka mengganggu jiran. 
• Dibangkitkan dalam keadaan berbentuk babi. Mereka adalah yang malas dan lalai dalam solatnya. 
• Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar seperti gunung, dengan didalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat. 
• Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka berdusta. 
• Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk daripada bangkai kerana ketika didunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.
• Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
• Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika didunia.
• Dibangkitkan dari kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua-dua kakinya diatas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan itu suka berzina dan mati tanpa sempat bertaubat. 
• Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika didunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
• Dibangkitkan dalam keadaan penuh kusta dan sopak kerana ketika hidup menderhaka kepada orang tua.
• Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai kedada, lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sEhingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar minum arak. 
 
 
Manakala kelompok yang terakhir yang ke-12, mereka dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melewati titian sirat seperti kilat menyambar kerana golongan itu ketika hidupnya RAJIN BERAMAL SOLEH, MENINGGALKAN MAKSIAT DAN MENJAGA SOLAT LIMA WAKTU DENGAN BERJEMAAH. 
DIMANAKAH GOLONGAN KITA???RENUNGKANLAH

No comments: