Thursday, October 23, 2008

akhlak terpuji...

‘’Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyepurnakan akhlak manusia’’…
Begitulah sabda nabi Muhammad saw seperti yang diriwayatkan dalam hadis sahih oleh Malik, Ahmad, Hakim, al-Tabrani dan Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad daripada Abu Hurairah. 

  Tinggi sungguh kedudukan akhlak sehingga nabi dan rasul terakhir diutuskan Allah ke dunia ini, membawa misi menyempurnakan tingkah laku, tabiat, perangai, bentuk keperibadian, kelaziman atau kebiasaan makhluk bernama manusia ini. 

  Secara terminology, akhlak membawa maksud tingkah laku seseorang yang didorong oleh suatu keinginan secara sedar untuk melakukan suatu perbuatan yang baik manakala dari segi istilah pula bermaksud sikap peribadi yang melahirkan laku perbuatan manusia terhadap Tuhannya, diri sendiri, sesama manusia dan makhluk lain.

  Pakar bidang akhlak termasuk Ibnu Miskawah dan Imam al-Ghazali, menyifatkan akhlak adalah perangai yang melekat pada diri seseorang yang dapat memunculkan perbuatan baik tanpa dipertimbangkan fikiran terlebih dahulu. 

  Semua dalam kehidupan sama ada berkaitan hubungan dengan Allah, diri sendiri sesama manusia dan makhluk lain termasuk dalam lingkungan akhlak. Segala tindakan dalam kehidupan turut dirangkumi nilai akhlak tanpa mengira soal ekonomi, politik, social, teknik atau seni atau sebagainya. 

  Ia bolehlah disimpulkan sebagai pengatur dan peyusun tingkah laku manusia dalam komuniti dalam usaha mewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan sejagat. Sebenarnya, bagi memahami konsep keperluan akhlak mulia dalam hidup manusia cukup mudah. Contohnya, jika kita berakhlak mulia, pasti akan disenangi rakan, jiran atau ketua dipejabat. Begitu juga sebaliknya. 

  Malah, akhlak terpuji itu adalah suatu penzahiran bagi iman seseorang dan Allah amt menyukai hambanya yang berakhlak mulia. Antara contoh akhlak terpuji antara lain ialah jujur, bertanggungjawab, amanah, baik hati, tawaduk dan istiqomah.. 

‏الاحد‏، 28‏ ذو الحجة‏، 1428
Al-faiez abdul rahman


No comments: