Thursday, October 23, 2008

akhlak umpama hiasan diri???

 



Apalah ertinya susuk badan menarik, baik lelaki mahupun perempuan, jika perangai yang ditampilkan adalh sebaliknya. Sudah tentu ia dicemuh, malah ketampanan atau keagungan semula jadi itu terhijab kerana perangai buruknya.

Perangai secara umumnya disebut kebiasaan, tabiat, tingkah laku dan akhlak. Tetapi bagi orang berperangai baik disebut sebagai beradab atu beretika dan bersopan santun yang diterjemahkan daripada hati yang bersih dan luhur.

Allah memuji akhlak Rasulullah saw melalui ayat 4 surah al-Qalam : ‘dan
sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia,’’ akhlak atau budi pekerti yang baik adalah perhiasan diri bagi seseorang. Ini kerana perhiasan disukai semua orang.

Akhlak yang baik dan etika murni itu perlu merangkumi beberapa aspek dalam kehidupan seharian antaranya,

• Akhlak terhadap diri sendiri. Merangkumi aspek penjagaan kesihatan diri, membersihkan jiwa dari akhlak yang buruk, melatih jiwa berfikir dan menganalisis, tidak melampau batasan, istiqamah (tetap pendirian), bercakap benar, mampu menahan kemarahan, penyabar, pemaaf, ikhlas (tiada kepentingan) dan besederhana.

• Akhlak terhadap keluarga. Seorang suami perlu sentiasa bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Seorang isteri perlulah berbuat baik dengan suami. Setiap individu dalam keluarga perlu berlemah lembut dan penyayang terutama kepada orang yang lebih tua, berlaku adil kepada semua orang, brbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum terdekat atau jauh.

• Akhlak terhadap masyarakat. Antaranya termasuk adab dan tatacara bergaul dengan anggota masyarakat dan jiran tetangga seperti memulakan salam apabila bertemu, meminta izin apabila memasuki rumah, adil dalam berurus niaga, menepati janji, memaafkan kesalahan orang lain, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

• Akhlak terhadap alam. Menyedari alam semesta ini diamanahkan Allah kepada manusia. Kepelbagaian sumber alam ini menyedarkan kita tanda-tanda kekuasaanNya. Kita tidak boleh merosakkan sumber alam yang amat bermanfaat untuk manusia.

• Akhlak terhadap Allah. Akhlak yang paling tinggi dan mengatasi segala-galanya. Allh berhak mendapat segala pujian dan ketaatan. Dialah yang yang layak dan perlu disembah. Dialah saja tempat meminta pertolongan, pengampunan dan petunujuk. Akhlak yang mulia antara lain ialah lemah lembut, pemaaf, pemurah, rendah diri, sabar, zuhud ( tidak terpengaruh dengan dunia), berani, manis muka, mesra, kasih sayang, bertolak ansur dan amanah.

No comments: