Wednesday, October 29, 2008

KEPENTINGAN HAJI BAGI YANG BERKEMAMPUAN

Kali ini, kita akan membicarakan tentang hakikat kehidupan manusia moden yang telah jauh daripada agama apabila kehidupan telah dibelenggu harta dunia. Ingin saya bicarakan dan tekankan tentang rukun islam kelima iaitu menunaikan haji bagi yang mampu. 
Sebagaimana yang kita ketahui, untuk menunaikan haji pada waktu sekarang bukan sama dengan menunaikan haji pada waktu dulu, maksud saya di sini ialah, kalau orang dulu ada duit, dan pergi ke tabung haji, esok mereka sudah boleh pergi haji. Tetapi pada waktu sekarang, bila ada duit nak daftar haji, kena tunggu kuota pula. Bila dah dapat baru akan di panggil. 
Itu alasan yang mungkin akan diungkitkan oleh mereka yang tidak ada niat dalam menunaikan haji dan berkata mungkin payah untuk melaksanakannya. Tapi percayalah, Allah itu Maha Mengetahui dalam apa yang telah ditentukannya. Semua itu mungkin ada hikmahnya. 
Kita lihat pada hari ini, ramai mereka iaini golongan yang sudah berkemampuan, tetapi belum mahu menunaikan haji. Apakah hati mereka masih berada dalam kelompok orang-orang yang rugi? Maaf katalah, terlalu ramai umat islam yang amat leka pada waktu ini. Sudah berkemampuan untuk menunaikan haii, tapi apa yang dikatakan mampu itu, telah mereka gunakan untuk melancong ke negara-negara barat yang tiada faedahnya. 
Tak salah dalam islam hendak pergi berbelanja sakan dan pergi ke destinasi di luar sana, tetapi harus ingat tentang apa yang telah ditekankan dalam rukun islan kelima, MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG BERKEMAMPUAN..sudah mampu, apa salahnya melancong ke Makkah Al-Mukarramah. 
Disana lagi tenang. Mungkin akan mendapat cahaya yang bersinar-sinar dalam hidup nanti. Mungkin dengan niat yang ikhlas boleh mencapai tahap haji yang Mabrur. Amin. Dengan keadaan dunia barat yang cuba merosakkkan minda umat islam pada zaman ini. Saya nasihatkan kita lawan sedaya upaya kita. Ingat tuhan yang maha Esa. 
Tunaikanlah yang wajib sebelum melakukan sesuatu yang ingin dibuat. Berdosa besar jika mereka yang mampu dalam menunaikan haji tetapi masih lagi memandang remeh tentang bab ini. Bagaimana lah keadaan mereka ini di akhirat kelak. Sungguh buruk padahnya Allah akan membalasnya. 
Insaflah wahai umat islam sekarang . harta dunia tak akan lari kemana. Pergi dahulu menunaikan rukun islam kelima maka dengan itu lepaslah tanggungjawabnya setelah melaksanakannya. Dan ingatlah, bahawa dunia ini adalah tempat tumpangan buat sementara waktu, dan akhirat jualah tempat yang kekal selama- lamanya. Oleh itu, marilah kita sekalian, berbakti kepada Allah taala untuk menyelamatkan diri daripada tercebur ke dalam neraka. Sekian sahaja waktu ini. Wassalam. 
Al-faiez89

No comments: