Thursday, October 23, 2008

ramai ummah alpa keberkatan jumaat.....


Banyak kelebihan, keistimewaan dikurniakan pada penghulu segala hari. 

Mutakhir ini ramai dikalangan kita yang alpa dengan kelebihan dan keberkatan jumaat. Ada sebahagian masjid yang menjadi tumpuan umat islam menunaikan fardhu jumaat kelihatan lengang, meskipun waktu solat hampir tiba. 
   
  Hanya kira-kira 10 minit sebelum azan berkumandang, orang mula datang berduyun-duyun ke masjid. Itupun ramai hanya berlegar-legar di persekitaran masjid, tidak berlumba-lumba untuk mencari saf dihadapan, membaca al-quran, beriktikaf atau mencari keberkatan datang awal. 

  Bagi sesetengah wanita yang bekerja pula, jumaat (waktu rehat) adalah digunakan untuk membeli belah, bukannya menghadiri kuliah atau mendengar khutbah di televisyen. 

  Fenomena ini menunjukkan kita semakin lupa akan kelebihan yang ada pada jumaat. Kita mungkin tidak sedar bahawa jumaat adalah penghulu segala hari, yang mempunyai banyak kelebihan antaranya: 

- pada jumaat, Allah menjadikan Nabi Adam a.s
- jumaat adalah hari paling mustajab bagi mukmin yang berdoa. Allah akan memakbulkan doanya, selama ia tidak meminta perkara yang haram. 
- Pada jumaat akan berlaku kiamat. 
- Jumaat adalah besar disisi Allah bahkan lebih besar daripada aidilfitri dan aidiladha. 

  Sabda nabi yang bermaksud, ‘’sesungguhnya rasulullah saw membicrakan mengenai jumaat dan baginda berkata: padanya ada suatu saat yang tidak ditemui oleh hamba (Allah) yang muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonkan akan diberi kepadanya (ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkat)’’ hadis riwayat bukhari. Dan muslim. 

  Hadis itu menerangkan adanya saat yang paling mustajab pada jumaat, dimana segala permohonan akan dimakbulkan dengan izin Allah. Malah ulama, berselisih pendapat mengenai bilakah saat yang dimaksudkn itu. 

  Ada berpendapat sesudah terbit matahari syuruk dan ada yang mengatakan sesudah gelincir matahari (zuhur atau jumaat). Malah ada yang mengatakan sesudah waktu asar dan selain waktu itu. 

  Bagaimanapun ada hadis sahih mengatakan saat mustajab itu bermula dari khatib berada di atas mimbar hingga selesai solat jumaat. Daripada abu asya’ari ia berkata ‘’ aku mendengar rasulullah bersabda yang bermaksud: seseungguhnya saat mustajab itu adalah antara imam duduk di atas mimbar sampai ia salam daripada solat’’ hadis riwayat muslim. 

  Jelas menunjukkan bahawa ketika khatib berada diatas mimbar dan berkhutbah adalah antara waktu yang penuh berkat. Kerana ketika itu segala hidayah Allah disalurkan melalui mimbar. Ilmu dan nasihat agama disampaikan sebagai panduan untuk sekalian. 

  Khatib sering mengingatkan kita supaya bertaqwa kwpada Allah, mentaati perintahnya, berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar. Justeru, kita dituntut datang awal ke masjid, membersihkan rohani dan menyiapkan diri untuk mendengar khutbah. Kita digalakkan berada di saf hadapan, kerana lebih hampir dengan mimbar yang menjadi saluran hidayah Allah. 

  Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli[1475]. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. 
[1475]. Maksudnya: apabila imam telah naik mimbar dan muazzin telah azan di hari Jum'at, maka kaum muslimin wajib bersegera memenuhi panggilan muazzin itu dan meninggalakan semua pekerjaannya. 

No comments: