Wednesday, October 29, 2008

SINGKAP RAHSIA KELEBIHAN TUJUH HARI



بسم الله الرحمن الرحيم


B
agi sesetengah orang, semalam, hari ini dan esok adalah sama, tiada bezanya, malah tidur, bangun serta makan juga seperti biasa. Tetapi jika diteliti, setiap hari yang dilalui ada perbazaan. Tujuh hari dalam seminggu diciptakan Allah ada hikamh, malah segala yang diciptakan termasuk bumi ini sendiri mempunyai pengertiannya tersendiri.  




Imam Abu Nashr Muhammad bin Abdul Rahman al-Hamdani berkata: ‘’ketahuilah zat Pencipta yang sangat besar kekuasaan-Nya dan sangat tinggi kalimah-Nya serta berterusan nikmat-Nya menghiasi tujuh perkara dan menghiasinya pula bagi setiap tujuh perkara itu dengan tujuh perkara lain. Untuk mengkhabarkan kpada orang yang berilmu tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung disisi Allah swt.

Sabtu, adalah hari keagungan dan istirahat, kerana pada hari berkenaan orang Yahudi berehat daripada urusan duniawi. Pada hari berkenaan juga berlaku tipu daya, antaranya tipu daya dilakukan kaum Nabi Nuh as, Nabi Salleh, kaum Nabi Musa, Nabi Isa, tipu daya saudara Nabi Yusuf as dan masyarakat Quraisy terhadap Nabi Muhammad saw. 

Sementara Ahad pula ialah hari pertama, Allah menciptakan langit dan bumi, malah ada ulama menjelaskan hari berkenaan dinamakan Ahad berasal dari satu nama Allah (Esa) dan pada itu ula diciptakan segala makhluk. 

Pada Isnin, Allah menjadikan gunung-ganang dan banyak berlaku peristiwa yang mempunyai keutamaan, termasuk berkaitan pesanan Allah kepada Nabi dan Rasul supaya menyembah hanya kepada-Nya. Rasulullah saw dilahirkan pada hari Isnin. Anas bin Malik ra berkata: ‘’Rasulullah saw ditanya sahabat mengenai Isnin. Baginda menjawab: isnin ialah hari pelayaran dan perniagaan. ‘’ kemudian mereka bertanya lagi: ‘’mengapa demikian wahai Rasulullah?’’ baginda menjawab: ‘’nabi Syaits as belayar pada hari isnin untuk berniaga dan beliau mendapat keuntungan yang banyak dalam perniagaanya itu’’ 

Selain itu isnin mempunyai banyak peristiwa agung, antaranya Nabi Idris naik ke langit, Nabi Musa menuju ke Thur Sina dan penurunan Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad, malah amalan dibentangkan pada hari itu. Dari Abu Hurairah, katanya Rasulluah saw bersabda, maksudnya: dibentangkan amal pada hari isnin dan khamis. Aku suka amalku dibentangkan ketka aku berpuasa.’’ 

Mengenai selasa pula Anas bin Malik ra meriwayatkan dia berkata: ‘’rasulullah saw ditanyakan mengenai hari Selasa, lalu Rasulullah menjawab: ‘’Selasa adalah hari berdarah.’’ Sahabat bertanya: ‘’mengapa demikian wahai Rasulullah? Rasulullah saw menjawab: ‘’pada hari itulah Hawa haid dan putera Nabi Adam membunuh saudaranya sendiri.’’

Demikian juga pada hari berikutnya, Rabu, Khamis dan Jumaat mempunyai rahsia dan peristiwa tersendiri yang amat berguna untuk disingkap, bukan setakat menanbah pengetahuan sedia ada, malah menguatkan lagi keyakinan terhadap kekuasaan Allah mentadbir alan dan segala makhluknya mengikut peredarannya.  














محمد فأيز بن عبدالرحمن



No comments: