Thursday, October 23, 2008

nilai tudung wanita....

Nilai Tudung Wanita
 
  Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. 
  Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. 
  Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. 
  Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. 
  Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
  Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. 
  Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. 
  Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? 
  Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
  Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. 
  Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. 
  Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. 
  Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. 
  Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
  Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
  Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. 
  Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. 
  Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian. 

ramai ummah alpa keberkatan jumaat.....


Banyak kelebihan, keistimewaan dikurniakan pada penghulu segala hari. 

Mutakhir ini ramai dikalangan kita yang alpa dengan kelebihan dan keberkatan jumaat. Ada sebahagian masjid yang menjadi tumpuan umat islam menunaikan fardhu jumaat kelihatan lengang, meskipun waktu solat hampir tiba. 
   
  Hanya kira-kira 10 minit sebelum azan berkumandang, orang mula datang berduyun-duyun ke masjid. Itupun ramai hanya berlegar-legar di persekitaran masjid, tidak berlumba-lumba untuk mencari saf dihadapan, membaca al-quran, beriktikaf atau mencari keberkatan datang awal. 

  Bagi sesetengah wanita yang bekerja pula, jumaat (waktu rehat) adalah digunakan untuk membeli belah, bukannya menghadiri kuliah atau mendengar khutbah di televisyen. 

  Fenomena ini menunjukkan kita semakin lupa akan kelebihan yang ada pada jumaat. Kita mungkin tidak sedar bahawa jumaat adalah penghulu segala hari, yang mempunyai banyak kelebihan antaranya: 

- pada jumaat, Allah menjadikan Nabi Adam a.s
- jumaat adalah hari paling mustajab bagi mukmin yang berdoa. Allah akan memakbulkan doanya, selama ia tidak meminta perkara yang haram. 
- Pada jumaat akan berlaku kiamat. 
- Jumaat adalah besar disisi Allah bahkan lebih besar daripada aidilfitri dan aidiladha. 

  Sabda nabi yang bermaksud, ‘’sesungguhnya rasulullah saw membicrakan mengenai jumaat dan baginda berkata: padanya ada suatu saat yang tidak ditemui oleh hamba (Allah) yang muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonkan akan diberi kepadanya (ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkat)’’ hadis riwayat bukhari. Dan muslim. 

  Hadis itu menerangkan adanya saat yang paling mustajab pada jumaat, dimana segala permohonan akan dimakbulkan dengan izin Allah. Malah ulama, berselisih pendapat mengenai bilakah saat yang dimaksudkn itu. 

  Ada berpendapat sesudah terbit matahari syuruk dan ada yang mengatakan sesudah gelincir matahari (zuhur atau jumaat). Malah ada yang mengatakan sesudah waktu asar dan selain waktu itu. 

  Bagaimanapun ada hadis sahih mengatakan saat mustajab itu bermula dari khatib berada di atas mimbar hingga selesai solat jumaat. Daripada abu asya’ari ia berkata ‘’ aku mendengar rasulullah bersabda yang bermaksud: seseungguhnya saat mustajab itu adalah antara imam duduk di atas mimbar sampai ia salam daripada solat’’ hadis riwayat muslim. 

  Jelas menunjukkan bahawa ketika khatib berada diatas mimbar dan berkhutbah adalah antara waktu yang penuh berkat. Kerana ketika itu segala hidayah Allah disalurkan melalui mimbar. Ilmu dan nasihat agama disampaikan sebagai panduan untuk sekalian. 

  Khatib sering mengingatkan kita supaya bertaqwa kwpada Allah, mentaati perintahnya, berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar. Justeru, kita dituntut datang awal ke masjid, membersihkan rohani dan menyiapkan diri untuk mendengar khutbah. Kita digalakkan berada di saf hadapan, kerana lebih hampir dengan mimbar yang menjadi saluran hidayah Allah. 

  Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli[1475]. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. 
[1475]. Maksudnya: apabila imam telah naik mimbar dan muazzin telah azan di hari Jum'at, maka kaum muslimin wajib bersegera memenuhi panggilan muazzin itu dan meninggalakan semua pekerjaannya. 

SYARAT-SYARAT JIKA INGIN ANAK BERJAYA

 




1. Ibu bapa hendaklah solat 5 waktu sehari.

2. sering membaca Al-Quran setiap hari.

3. semasa berbelanja hendaklah berniat hendak memberi anak makan supaya mereka dapat beriman, belajar, berilmu dan beramal ke jalan Allah. 

4. anak disuruh solat dan membaca Al-Quran 

5. bapa atau ibu setiap pagi hendaklah mengambil air dan di baca selawat, al-fatihah dan yasin kmudiaan diniatkan untuk anak seperti ‘berkat mukjizat al-fatihah dan yasin ya Allah jadikanlah air ini air penerang hati, menyuci hati dan pelembut hati bagiku, isteriku/suamiku, anak-anakku dan ahli keluargaku. Dapatlah anak-anakku memahami dan mengingat ilmu yang diajar oleh guru mereka. Jadikanlah mereka anak yang taat kepadamu ya Allah dan kedua ibu bapanya (dan minta paa sahaja yang dihajati).

6. hendak anak cerdik zikir seperti berikut, setiap kali zikir didahului oleh selawat atas nabi saw: 
  zikir ya Allah (66kali) untuk senang dapat ilmu. Selepas zikir niat seperti ya Allah jadikanlah anak-anakku cerdik pandai dan berikanlah mereka kefahaman ilmu. 
  Zikir ya Rahman (100kali) untuk kuat ingatan selepas baca niat meminta pada Allah supaya anak kuat daya ingatan mereka. 
  Bagi menangani anak yang nakal bacalah zikir ya Syahid (99kali) sambil mengusap kepala mereka atau mana anggota mereka kemudian niat minta anak jangan nakal. 

7. hendaklah membaca fatihah untuk disampaikan kepada anak-anak. Setiap satu fatihah. Dibuat setiap hari semasa anak kita masih hidup lagi samada anak dekat dengan kita atau anak jauh di tempat lain. 

10 mayat yang tidak reput,,......

Sepuluh mayat yang tidak reput.

Untuk renungan bersama, insyallah. Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal di waktu mati : 1. Para Nabi 2. Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra, sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237s

syaitan akan menguasai manusia melalui 10 cara..

Syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu.


1)Melalui sifat sombong & angkuh
Dua sifat inilah yang mudah tersemai danmenyubur dalam diri manusia. Ia berpunca dari keegoan yang biasanya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan & kesenangan

2)Melalui sfat bakhil & kedekut

3)Sifat takbur & bongkak
sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang yang merasakan sudah memiliki segala2nya dalam hidup

4)Sifat khianat

5)sifat tidak suka menerima ilmu & nasihat
Biasanya terdapat pada golongan yang tidak suka diri mereka di nasihati @ mendengar nasihat orang lain

6)Sifat hasad
Perasaan hasad dengki selalunya diikuti dengan rasa benci & dendam yang berpanjangan

7)Sifat suka meremehkan(menghina ) org lain

8)Sifat ujub @ bangga diri

9)Sifat suka berangan-angan
Mereka yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecermelangan hidup akan dipandang hina oleh allah & juga manusia.

10)Sifat berburuk sangka


so,jauhilah sifat2 mazmumah ini kerana ianya mendatang kan keburukan dan langsung tidak memberi faedah kepada kita.. Renung-renungkan dan selamat beramal =)











salam,sekiranya anda semua masih mempunyai ayah dan ibu,hargai lah mereka selagi ada.. di sini saya serta doa yang boleh dikongsi bersama..

Doa Buat ibu dan ayah (org tua)

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka
Sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
jadikanlah itu semua
Penyebab rontoknya dosa-dosa mereka,
Meningginya kedudukan mereka dan
Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan
perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
Maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
Bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah
yang memiliki Karunia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih Diantara semua pengasih.
renung-renung kan dan selamat beramal =)
43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

lapan macam jenis manusia...

Lapan Macam Jenis Manusia
1- Barangsiapa yang suka duduk berserta orang kaya akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia.
2- Barangsiapa suka duduk bersama orang miskin akan dijadikan Allah kepadanya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
3- Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Penguasa negara) akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4- Barangsiapa yang suka duduk dengan wanita, akan ditambah Allah bodoh dan syahwatnya.
5- Barangsiapa duduk bersama kanak-kanak akan ditambah kesukaannya main-main dan bersenda-gurau.
6- Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambah beraninya berbuat dosa.
7- Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh akan bertambahlah keinginannya berbuat taat.
8-Barangsiapa yang suka duduk dengan ulama akan bertambahlah ilmu dan waraknya 

mati syahid ....

Mati syahid adalah sesuatu yang sangat mulia dan diidamkan semua umat islam. Kematian yang dikategorikan syahid ialah berdasarkan hadis. Daripada Jabir bin Atik, Rasulullah saw bersabda, ‘’mati syahid ada tujuh selain mati terbunuh dalam perang fisabilillah…..




1. mati kerana penyakit taun.
2. mati kerana tenggelam.
3. mati kerana penyakit lambung.
4. mati kerana sakit perut.
5. mati kerana terbakar.
6. mati kerana ditimpa keruntuhan.
7. perempuan yang mati kerana hamil atau melahirkan anak. 
(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa dan Malik)



Dalam hadis lain Rasulullah bersabda, ‘’apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid adalah siapa sahaja yang mati terbunuh di jalan Allah. Sabda beliau, kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit. Para sahabat kembali bertanya: kalau begitu siapa sajakah daripada mereka yang mati syahid wahai Rasulullah? Beliau menjawab: barang siapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit taun, yang mati kerana penyakit perut maka dialah syahid dan orang yang mati tenggelam dialah syahid’’ (riwayat Muslim, Ahamd dan al-Baihaqi). 


‏الاحد‏، 28‏ ذو الحجة‏، 1428
Al-faiez abdul rahman