Thursday, July 23, 2009

Haram guna pinggan tulang babi

Pengguna Islam perlu waspada kerana perkakasan tidak dilabel sepenuhnya


KUALA LUMPUR: Umat Islam diharamkan mengguna perkakasan pinggan mangkuk, termasuk cawan dan piring yang terbukti kesahihannya mengandungi campuran tulang babi dan anjing. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata penggunaan perkakasan itu diharamkan sama sekali walaupun ia menggunakan hanya sedikit tulang babi, malah sehelai bulu babi pun dilarang. "Kalau betul dakwaan terdapat pinggan mangkuk dibuat daripada campuran tulang babi, memang haram penggunaannya, bukan setakat tulangnya yang haram, bulunya pun kita tidak boleh gunakan untuk buat berus atau apa saja, ia haram dan najis. Namun, dakwaan ini perlu dibuktikan terlebih dulu," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

No comments: