Thursday, October 23, 2008

hukum umat islam menyambut hari kekasih... ingat!!

   
Tanggal 14 februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing. 

  Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan ditaman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada pasangan masing-masing sedangkan tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian. 

  Tidak dinafikan ada umat islam di Negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut. 

  ‘Hari Kekasih’ yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan akidah dan akhlak masyarakat islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ‘Hari Kekasih’ berlaku dikalangan remaja islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbang kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka. 

  Harus diingat, mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latarbelakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat islam kepada kehancuran. Hal ini kerana pelakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang islam bahkan boleh menjejaskan keimanan mereka. 
 









 
‘’Amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan dalam islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak islamiah serta dilarang oleh islam. Oleh itu umat islam adalah dilarang daripada meraikan hati tersebut’’

  Sejarah valentine day tidak ada dalam islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan islam. Di dalam islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih dan sayang setiap hari di dalam islam adalah hari kasih sayang. 

  Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkan boleh menggugat akidah islam. Sekiranya seseorang islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day. 

  Kebanyakan golongan remaja islam hari ini meraikan Hari Kekasih dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat islam akan datang. 

  Valentine asal nama sebenarnya S.T Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun islam di sepanyol. Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia meraikan kemenangan bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol. 

  Memang islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat. 


 
  
Al-faiez abdul rahman
‏الاحد‏، 28‏ ذو الحجة‏، 1428

No comments: