Wednesday, October 29, 2008

IBADAT KETIKA SYAABAN


  Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri seperti dijelaskan hadis berikut ‘’kelebihan bulan syaaban terhadap semua bulan seperti kelebihan terhadap semua nabi manakala keutamaan bulan ramadhan itu terhadap semua bulan seperti keutamaan Allah kepada hambaNya.’’

  Allah mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Dalam bulan ini, Allah banyak memebri rahmat kurnia kepada hambanya. 

  Orang yang berpuasa pada bulan ini amat besar pahalanya. Rasulullah pernah bersabda, maksudnya, ‘’sesiapa berpuasa tiga hari daripada permulaan syaaban. Pada tiga hari pertengahannya dan tiga hari akhirnya, maka Allah akan mencatat baginya pahala 70 orang nabi dan ia adalah seperti orang yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Andainya ia mati di tahun itu, ia adalah seperti orang mati syahid.’’ 

  Sesiapa yang berpuasa pada isnin yang terakhir dalam bulan syaaban akan diampunkan dosanya. 

  Mereka yang berpuasa pada khamis pertama dan khamis terakhir bulan syaaban akan dimasukkan ke dalam syurga. 

  Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan syaban akan diharamkan tubuhnya daripada api neraka dan masuk syurga. 

  Mereka yang berpuasa tiga hari dalam bulan syaaban dan berselawat keatas nabi sebelum berbuka puasa akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya. 

  Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebelum syaaban, akan dimudahkan Allah ketika sakratul maut, terlepas daripada siksa kubur, ditutupkan Allah aibnyapada hari kiamat dan diwajibkan baginya syurga. 

No comments: